Ada banyak pertunjukan tentang kelahiran Yesus di palung menggambarkan bahawa ahli-ahli kaji bintang mengunjungi Yesus di Betlehem serentak dengan para gembala. Tetapi menurut Kitab Matius, satu-satunya bahagian dalam Alkitab yang kita boleh mengetahui ceritanya, adalah bahawa para ahli kaji bintang muncul selepas para gembala. Yesus tidak lagi berada di dalam palung di sebuah rumah penginapan, tetapi di sebuah rumah. Matius 2:11 menuliskan, “Mereka masuk ke dalam rumah itu dan nampak Anak itu dengan ibu-Nya Maria. Mereka sujud menyembah Anak itu, dan mereka mengeluarkan emas, kemenyan dan mur, lalu mempersembahkan semua hadiah itu kepada-Nya”.
Dengan menyedari bahawa kunjungan ahli-ahli kaji bintang itu berlaku selepas itu , maka hal itu membantu mengingatkan kita untuk bersedia memasuki tahun yang baru. Yesus memang layak disembah. Apabila hari-hari cuti telah berlalu dan kita kembali ke kehidupan rutin harian, kita tetap memuji dan menyembah Tuhan kita.
Yesus Kristus ialah Imanuel. “Allah menyertai kita” (Matius 1:23), pada setiap musim. Dia telah berjanji untuk “sentiasa” menyertai kita (28:20). Oleh sebab Dia sentiasa menyertai kita, kita boleh menyembah Dia dalam hati kita setiap hari dan percaya bahawa Dia akan menunjukkan bahawa diri-Nya setia pada tahun-tahun yang akan datang. Sebagaimana para ahli kaji bintang mencari-Nya, kita juga mencari dan menyembah Dia di mana sahaja kita berada.
sebagaimana para ahli kaji bintang mencari Engkau dan sujud di hadapan-Mu sebagai Raja yang akan datang, tolonglah aku menyerahkan kehendak aku kepada-Mu dan mengikut ke mana sahaja Engkau membimbing aku.