Ada orang berkata bahawa penulis Amerika, Anne Herbert mencoretkan frasa “Practise random acts of kindness and senseless acts of beauty” yang bermaksud “Selalu berbuat baik dan menunjukkan keindahan dalam kelakuan baik” pada sehelai alas meja di sebuah restoran pada tahun 1982. Pendapat tersebut telah menjadi popular melalui filem dan penulisan serta telah menjadi frasa yang kita biasa gunakan.

Persoalannya ialah “Mengapa?” Mengapakah kita perlu menunjukkan kebaikan kepada orang lain? Bagi orang yang mengikut Yesus, jawapannya adalah jelas: Untuk menunjukkan kasih, kemurahan dan kebaikan Tuhan.

Dalam Perjanjian Lama, terdapat satu contoh prinsip sedemikian dalam kisah Rut, seorang pendatang dari Moab. Dia ialah orang asing yang tinggal di sebuah negeri asing, serta tidak memahami bahasa dan budaya di negeri itu. Dia seorang yang sangat miskin, benar-benar bergantung kepada bantuan daripada orang yang kurang mengambil perhatian terhadap dia.

Walau bagaimanapun, ada seorang berbangsa Israel yang mengambil berat dan berbaik terhadap Rut, dan bercakap lembut kepadanya (Rut 2:13). Dia membenarkan Rut memungut barli di ladangnya, tetapi bukan sekadar bantuan yang biasa itu sahaja, dia juga menunjukkan belas kasihannya kepada Rut dan ini memperlihatkan kasih kemurahan dan kebaikan Tuhan, iaitu tempat Rut boleh bergantung dan bernaung. Rut akhirnya menjadi pengantin Boas, menjadi salah seorang anggota dalam keluarga Tuhan, iaitu salah seorang nenek moyang Yesus dalam salasilah-Nya, yang membawa penyelamatan kepada dunia (sila baca Matius 1:1-16).

Kita tidak dapat membayangkan pengaruh daripada satu perbuatan baik yang dilakukan dalam nama Yesus.