Pada Mac 1974, apabila petani-petani Cina sedang menggali sebuah perigi, mereka mendapati satu penemuan yang mengejutkan. Tentera Terracotta tertimbus di bawah tanah gersang di negara China tengah—arca terracotta yang bersaiz manusia dianggarkan berusia dari abad ke-3 sm. Dalam penemuan luar biasa ini, juga diiringi penemuan 8,000 askar, 150 pasukan askar berkuda, dan 130 kereta kuda yang ditarik oleh 520 ekor kuda. Askar Terracotta telah menjadi salah satu tapak pelancongan yang terkemuka di China, menarik perhatian lebih daripada sejuta pengunjung setiap tahun. Harta yang mengagumkan ini telah tersembunyi berkurun- kurun tetapi kini telah dikongsikan kepada dunia ini.
Rasul Paulus menuliskan bahawa pengikut Kristus memiliki harta dalam diri mereka yang patut dikongsikan kepada dunia: “Tetapi kami yang memiliki harta rohaniah ini, seperti bekas yang dibuat daripada tanah. Dengan demikian nyatalah bahawa kekuasaan tertinggi dimiliki oleh Allah, bukan kami” (2 Korintus 4:7). Harta dalam diri kita ialah khabar tentang Kristus dan kasih-Nya.
Harta ini bukan untuk disembunyikan tetapi adalah untuk dikongsikan supaya melalui kasih dan anugerah Tuhan, setiap suku dan bangsa boleh dijemput masuk ke dalam keluarga Tuhan. Semoga melalui pekerjaan Roh Tuhan, kita akan berkongsi harta itu dengan seseorang pada hari ini.
seperti apa yang telah didengari mereka.