Ketika saya menyertai pasukan bola keranjang di universiti saya, saya berazam untuk pergi ke bilik gim pada awal setiap musim latihan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap bimbingan jurulatih saya—melakukan apa sahaja yang disuruhnya.
Namun, pasukan saya tentu tidak berfaedah jika saya hanya berkata, “Hei, Tuan! Saya ada di sini. Saya mahu menjaringkan dan menggelecek bola, tetapi saya tidak mahu disuruh berlari dalam pusingan, atau melancarkan pola pertahanan, malah bermandi peluh.”
Setiap atlet yang berjaya harus mempercayai jurulatih mereka sepenuhnya dan rela melakukan apa sahaja yang disuruh untuk faedah sesebuah pasukan.
Dalam Kristus, kita hendaklah menjadi “korban yang hidup” bagi Tuhan (Roma 12:1). Kita berkata kepada Penyelamat dan Tuhan kita: “Aku percaya kepada-Mu. Aku rela melakukan apa sahaja yang Engkau perintahkan”. Kemudian Dia “mengubah” kita dengan membaharui fikiran kita supaya kita menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang menyenangkan hati-Nya.
Anda perlu mengetahui bahawa Tuhan tidak akan menyuruh kita melakukan sesuatu sebelum Dia melengkapi kita. Seperti yang diingatkan oleh Paulus, “Kita harus menggunakan kurnia-kurnia yang berlainan, menurut rahmat-Nya yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita” (Ayat 6).
Apabila kita mengetahui bahawa kita boleh mempercayai Tuhan dengan sepenuh jiwa raga kita, maka kita boleh berserah kepada Tuhan, dikuatkan dengan mengetahui bahawa Dia menciptakan kita dan sedang membantu kita mempersembahkan diri sebagai suatu korban yang hidup.