Dalam kerjaya saya sebagai seorang penulis, saya sering mengkaji masalah penderitaan. Saya berulang kali menulis kisah yang berkaitan dengan perkara itu, umpama mengungkitkan kelukaan lama yang tidak pernah sembuh. Saya pernah mendengar perkongsian daripada pembaca-pembaca buku saya, kisah kesedihan mereka membantu saya lebih memahami topik penderitaan. Saya teringat seorang pastor muda menelefon saya dan berkata, “Bagaimana saya dapat bercakap tentang Tuhan yang pengasih?” selepas dia mengetahui bahawa isteri dan bayinya menjangkiti penyakit AIDS akibat pemindahan darah.

Saya telah belajar untuk cuba tidak menjawab soalan-soalan “mengapakah” ini. Mengapakah isteri pastor itu mendapat bungkusan darah yang tercemar? Mengapakah puting beliung melanda sebuah bandar tetapi bukan bandar yang lain? Mengapakah doa-doa permintaan kesembuhan penyakit yang menderita tidak terkabul?

Bagaimanapun, soalan ini tidak lagi menyeksa saya seperti dahulu, yakni: “Adakah Tuhan peduli?” Saya tahu hanya ada satu cara untuk menjawab soalan ini, dan jawapannya adalah Yesus. Tuhan memperlihatkan kasih-Nya kepada kita melalui Yesus. Jika anda tertanya-tanya perasaan Tuhan terhadap penderitaan di bumi yang mengerang ini, lihatlah pengorbanan Yesus pada kayu salib.

“Adakah Tuhan peduli?” Kematian Anak-Nya bagi kita, yang sama sekali akan membinasakan semua kesakitan, kesedihan, penderitaan, dan kematian untuk selama-lamanya, telah menjawab soalan tersebut. “Allah yang berfirman, ‘Daripada kegelapan, cahaya akan bersinar’; Allah itu juga yang menyebabkan cahaya-Nya bersinar di dalam hati kami, sehingga kita dapat memahami kemuliaan Allah yang bersinar pada wajah Kristus” (2 Korintus 4:6).