Asher yang berumur empat tahun menunjukkan wajah cerianya dengan cepat-cepat daripada baju bertopi kesukaannya yang menutup kepalanya. Topi baju itu berbentuk kepala buaya yang lengkap dengan “rahang”, kelihatan hendak menelan kepalanya! Ibu Asher menjadi bimbang. Dia mahu keluarganya memberikan tanggapan yang baik semasa mereka melawat sebuah keluarga yang sudah sekian lama tidak jumpa.

“Sayang,” katanya, “pakaian ini tidak sesuai untuk masa sekarang.”

“Memang sesuai!” Asher membantah dengan lantang.

“Emm, apakah masa yang sesuai bagi kamu?” tanya ibunya. Asher menjawab, “Ibu tahu. Seluruh kehidupan ini!” Dia dengan tegas ingin memakai baju itu.

Budak lelaki yang riang itu sudah memahami sepenuhnya tentang kebenaran dalam Pengkhutbah 3:12—“Oleh itu, aku insaf bahawa sebaik-baiknya yang dapat kita lakukan adalah bersukacita dan berusaha sedaya upaya semasa kita masih hidup.” Kitab Pengkhutbah kelihatannya menyampaikan pesanan yang mengecewakan dan selalu disalahfahamkan kerana ia ditulis dari sudut pandang seorang manusia, bukan Tuhan. Penulis kitab ini, Raja Salomo bertanya, “Apakah hasil semua usaha kita?” (ayat 9). Namun sepanjang kitab itu, kita melihat secebis harapan, ini kerana Salomo juga menulis: “Kita semua harus makan dan minum serta menikmati hasil usaha kita kerana semua itu pemberian Allah” (ayat 13).

Kita melayani Tuhan yang memberikan kita perkara-perkara yang baik untuk dinikmati. Semua yang lakukan oleh-Nya “kekal” (ayat 14). Sementara kita menghargai-Nya dan menuruti perintah-Nya yang penuh kasih, Dia menanam hidup kita dengan tujuan, makna, dan sukacita.