Month: April 2017

Huraikan Rambut Anda

Tidak lama sebelum Yesus disalib, seorang perempuan yang bernama Maria menuangkan sebotol minyak wangi yang mahal pada kaki-Nya. Kemudian, dia bertindak lebih berani lagi, iaitu dia menyapu kaki Yesus dengan rambutnya (Yohanes 12:3). Maria bukan sahaja mengorbankan sesuatu yang mungkin merupakan simpanannya, tetapi dia juga mengorbankan reputasinya. Dalam budaya Timur Tengah pada abad yang pertama, perempuan yang mempunyai reputasi baik tidak akan menghuraikan rambut di muka umum. Tetapi penyembahan yang benar bukanlah berkenaan dengan apa yang difikirkan orang lain fikirkan tentang kita (2 Samuel 6:21–22). Untuk menyembah Yesus, Maria sanggup dianggap sebagai perempuan yang tidak sopan, malah mungkin tidak bermoral.

Mengapakah Harus Mengampuni?

Ketika seorang teman telah mengkhianati saya, saya tahu bahawa saya harus mengampuninya, tetapi saya tidak pasti sama ada saya mampu untuk berbuat demikian. Kata-katanya benar-benar melukai hati saya dengan sangat dalam, dan saya terpegun dengan kesakitan dan kemarahan. Meskipun kami sudah berbincang tentang hal itu dan saya mengatakan bahawa saya telah mengampuninya, namun untuk satu jangka masa yang lama apabila saya bertemu dengannya, saya masih merasakan sedikit sakit hati. Dengan demikian saya mengetahui bahawa saya masih memendam sedikit perasaan marah. Bagaimanapun, pada suatu hari, Tuhan menjawab doa saya dan memberi saya kemampuan untuk melepaskan kesakitan dan kemarahan itu sepenuhnya. Akhirnya saya terlepas daripada perasaan tersebut.

Kawan Baik Kita

Ketika saya berumur dua belas tahun, keluarga kami telah berpindah ke sebuah bandar yang berada di kawasan gurun. Selepas kelas gim di tengah cuaca yang panas di sekolah baru saya, kami bergegas ke tempat pengambilan air minum. Disebabkan badan saya kurus berbanding dengan rakan sebaya yang lain, maka kadangkala saya ditolak ke tepi semasa berbaris untuk mengambil air. Suatu hari, seorang rakan saya bernama Jose yang berbadan besar dan kuat melihat kejadian ini. Dia datang untuk membantu dengan mengetepikan pelajar lain yang menolak saya. “Hoi!” teriaknya, “Biarlah Banks mengambil air minum dulu!” Sejak itu saya tidak pernah lagi menghadapi gangguan ketika mengambil air minum di situ.

Perjalanan Iman

Sejak kali pertamanya novel Lew Wallace yang bertajuk Ben-Hur: Kisah Kristus diterbitkan pada tahun 1880, pencetakan buku itu tidak pernah dihentikan. Ia telah menjadi buku Kristian yang paling berpengaruh pada abad ke-19, dan terus menarik minat para pembaca hari ini kerana ia menjalinkan kisah benar tentang Yesus dengan cereka tentang seorang bangsawan muda Yahudi yang bernama Judah Ben-Hur.