Ada satu jalan dengan nama yang menarik di kota Santa Barbara, California. Ia dipanggil “Salsipuedes,” yang bermaksud “beredar pergi jika anda boleh.” Apabila jalan itu dinamakan pada mulanya, kawasan paya itu kadangkala ditengelami air, maka perancang bandar yang bertutur dalam Sepanyol menamakan lokasi itu dengan nama yang agak terus-terang, sebagai amaran untuk meninggalkan tempat tersebut.
Firman Tuhan juga melarang kita menempuh “jalan yang salah” iaitu dosa dan cubaan. “Jangan taruh perhatian kepada mereka. Jauhilah mereka dan jalanlah terus” (Amsal 4:15). Namun, firman Tuhan bukan hanya mengatakan “beredar pergi jika anda boleh”. Ia memberi keyakinan dan memberitahu kita arah yang harus dituju: “Tetapi Allah setia kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya” (1 Korintus 10:13).
Tuhan menjanjikan bahawa Dia tidak akan membiarkan kita dicubai lebih daripada apa yang dapat kita tanggung adalah satu peringatan yang mengalakkan. Apabila kita memandang kepada Tuhan semasa cubaan menimpa, kita tahu Dia selalu rela membantu kita untuk menjauhi cubaan itu.
Alkitab menekankan bahawa Yesus “bersimpati terhadap segala kelemahan kita.” Malah Dia “pernah dicubai dalam segala hal seperti kita sendiri, tetapi Dia tidak berbuat dosa” (Ibrani 4:15). Yesus tahu jalan keluar daripada setiap cubaan. Dia akan menunjukkan kepada kita apabila kita berlari kepada-Nya!
Tuhan berjanji untuk membantu kita pada waktu cubaan.