Saya selalu tertarik akan suasana serius tetapi penuh kesederhanaan di Tanah Perkuburan Nasional Arlington semasa Upacara Pertukaran Pengawal di Makam Orang yang Tidak Dikenali (Changing of the Guard at the Tomb of the Unknowns). Upacara yang dirancang dengan sangat terperinci ini adalah penghormatan kepada nama dan pengorbanan askar yang “hanya diketahui oleh Tuhan.” Masa yang mengharukan adalah saat askar-askar ini masih bertugas: pergi dan balik, jam demi jam, hari demi hari, biarpun pada cuaca paling buruk apabila orang ramai beredar pulang.
Pada September 2003, angin taufan Isabel melanda Washington DC, pengawal keselamatan diberitahu bahawa mereka boleh berteduh semasa cuaca buruk. Namun, ini amat menakjubkan kerana tiada seorang pun hendak melakukan demikian, hampir semua para pengawal menolak untuk berteduh! Mereka berdiri di tempat yang ditentukan tanpa mementingkan diri untuk memberi penghormatan kepada rakan-rakan askar mereka yang mulia ini, biarpun berhadapan dengan angin taufan.
Dalam Matius 6:1-6, saya percaya bahawa pengajaran Yesus secara tersiratnya mengatakan kehendak-Nya adalah kita beribadat kepada Dia secara tidak berhenti-henti dan sepenuh hati. Alkitab mengajar kita untuk berbuat baik dan menjalani kehidupan yang suci. Inilah lahir daripada penyembahan dan ketaatan (ayat 4-6), bukannya untuk kemuliaan diri sendiri (ayat 2). Nabi Paulus menekankan ketaatan seluruh hidup, dia menggesa kita untuk menjadikan tubuh kita sebagai “korban yang hidup” (Roma 12:1).
Semoga masa sendirian dan masa bersama orang lain menunjukkan ketaatan dan komitmen sepenuh hati kami kepada Engkau, ya Tuhan.