Pada suatu hari beberapa tahun yang lalu, saya dan anak-anak lelaki saya berbaring di halaman rumah sambil memerhatikan awan melayang. “Bapa,” salah seorang anak saya bertanya, “mengapakah awan itu terapung?” “Begitulah,” jawab saya dengan niat untuk memberinya jawapan dengan pengetahuan saya yang luas, tetapi saya menjadi senyap. “Saya tidak tahu,” akui saya, “tetapi saya akan mencari jawapannya untuk kamu.”

Jawapan yang saya temukan adalah udara yang lembap turun disebabkan oleh tarikan graviti bertemu suhu lebih panas yang sedang naik daripada permukaan bumi. Udara yang lembap itu berubah menjadi wap dan naik semula ke udara. Itulah penjelasan semula jadi untuk fenomena tersebut.

Tetapi jawapan dari alam semula jadi bukanlah jawapan yang terakhir. Awan terapung kerana Tuhan dengan hikmat-Nya telah menentukan hukum semula jadi dalam cara yang akan menyatakan “hasil karya Allah yang maha mengetahui” (Ayub 37:16). Awan boleh sahaja dianggap sebagai simbol, iaitu tanda luaran dan nyata tentang kebaikan dan rahmat Tuhan dalam penciptaan.

Oleh itu, suatu hari nanti apabila anda sedang mengambil masa untuk melihat gambaran-gambaran yang dapat anda bayangkan daripada awan, ingatkan hal ini: Dia yang menciptakan segala yang indah telah menjadikan awan terapung di udara. Dia melakukan sedemikian untuk menjadikan kita terkagum dan menaikkan pujian kepada-Nya. Syurga—termasuk awan kumulus, stratus dan sirus—menyatakan kemuliaan Tuhan.