Ketika kawan saya sedang memandu ke kedai runcit, dia ternampak seorang perempuan sedang berjalan di tepi jalan, lalu terasa bahawa dia harus berpatah balik untuk memberi tumpangan kepada perempuan tersebut. Setelah perempuan itu menaiki kereta mereka, kawan saya berasa sedih apabila mendengar bahawa perempuan tersebut tidak mempunyai wang untuk menaiki bas, sebab itu dia harus berjalan kaki sejauh beberapa kilometer dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap. Dia bukan sahaja harus berjalan kaki untuk pulang, tetapi juga telah berjalan selama beberapa jam pada pagi itu untuk sampai di tempat kerja pada jam 4 pagi.
Dengan memberi tumpangan, kawan saya tersebut telah mengamalkan arahan Yakobus pada zaman moden, supaya orang Kristian menghidupkan iman mereka dengan perbuatan: “Jika iman tidak dinyatakan dengan perbuatan, iman itu sia-sia” (ayat 17). Dia mengambil berat bahawa gereja harus menjaga balu dan anak-anak yatim piatu (Yakobus 1:27), dan mahu mereka agar tidak bergantung kepada kata-kata yang kosong, tetapi bertindak dengan iman melalui perbuatan kasih.
Kita diselamatkan oleh iman, bukan oleh perbuatan, tetapi kita harus mengamalkan iman ini dengan mengasihi orang lain dan menjaga keperluan mereka. Semoga kita, sepertimana kawan saya yang memberi tumpangan itu, terus membuka mata kita kepada orang yang mungkin memerlukan pertolongan ketika kita menjalani kehidupan iman ini.
Kita menyatakan kehidupan yang beriman
dengan perbuatan baik kita.