Setelah diculik, dijadikan tebusan selama 13 hari, dan dibebaskan, jurukamera berita New Zealand Olaf Wiig, dengan senyuman lebar pada wajahnya, mengumumkan, “Saya berasa bahawa saya benar-benar hidup sekarang berbanding seluruh hidup saya sebelum ini.”

Olaf Wiig, seorang jurukamera berita yang berbangsa New Zealand pernah diculik dan ditahan sebagai tebusan selama 13 hari. Selepas dia dibebaskan, dia berkata dengan senyuman lebar pada wajahnya, “Kini saya betul-betul hidup jika berbanding dengan kehidupan saya sebelum ini.” Atas sebab-sebab yang sukar difahami, dibebaskan adalah lebih menggembirakan daripada memiliki kebebasan.

Bagi mereka yang menikmati kebebasan setiap hari, kegembiraan Olaf menjadi peringatan yang baik bahawa kita sering lupa kita amat diberkati. Hal ini juga benar secara rohani. Bagi kita yang telah lama menjadi Kristian sering lupa apa keadaannya menjadi tebusan dosa. Kita boleh menjadi leka dan tidak bersyukur. Namun Tuhan mengirim peringatan melalui orang yang baru percaya. Mereka memberi kesaksian yang bersemangat tentang apa yang telah dilakukan Tuhan dalam kehidupan mereka, dan sekali lagi kita mengalami kegembiraan ketika dibebaskan “daripada hukum dosa dan kematian” (Roma 8:2).

Jika kebebasan sudah membosankan anda, atau jika anda cenderung memberi tumpuan kepada apa yang anda tidak boleh lakukan, pertimbangkan fakta ini: Anda bukan sahaja sudah dibebaskan daripada menjadi hamba dosa, tetapi anda telah dibebaskan untuk menjadi kudus dan menikmati hidup sejati dan kekal bersama Kristus Yesus! (6:22).

Raikan kebebasan anda dalam Kristus dengan bersyukur kepada Tuhan, kerana anda mampu dan bebas untuk melakukannya sebagai hamba-Nya.