“Saya benar-benar takut.” Inilah nota yang memilukan daripada seorang remaja. Dia telah mengirimkan kepada rakan-rakannya di Facebook ketika dia memberitahu mereka tentang beberapa ujian perubatan yang harus dibuatnya. Dia berkemungkinan dimasukkan ke hospital dan menjalani satu siri prosedur di sebuah bandar tiga jam dari rumahnya dan dia berasa cemas menunggu sementara doktor cuba mencari punca beberapa masalah kesihatan serius yang dialaminya.
Siapakah antara kita, yang muda atau yang tua, tidak pernah merasakan kebimbangan yang sama apabila berhadapan dengan peristiwa-peristiwa hidup yang tidak diingini dan benar-benar menakutkan? Dari manakah kita boleh mendapatkan bantuan? Apakah penghiburan yang boleh kita temui dalam Alkitab untuk memberikan kita keberanian ketika menghadapi pelbagai keadaan?
Hakikat mengenai Tuhan menyertai kita melalui setiap percubaan boleh membantu kita terus berharap. Yesaya 41:13 memberitahu kita, “kerana Aku, Tuhan, Allahmu, memegang tangan kananmu dan berfirman kepadamu, ‘Jangan takut, Aku akan menolong engkau.’ ”
Di samping itu, Tuhan menawarkan kesejahteraan yang tidak terkatakan untuk menjaga hati dan fikiran kita apabila kita menyerahkan masalah kita kepada-Nya dalam doa (Filipi 4:6-7).
Melalui kehadiran Tuhan dan “sejahtera Allah yang melebihi pengertian” (ayat 7), kita boleh mendapat harapan dan pertolongan yang kita perlukan untuk bertahan dalam keadaan yang benar-benar menakutkan kita.