Month: Julai 2017

Konferensi Alkitab: Bertumbuh Teguh Dalam Kristus

Kerinduan yang amat dalam bagi setiap Kristian adalah bertumbuh teguh dalam Kristus. Kita ingin menyerupai Yesus. Namun, bagaimanakah caranya? Hadiri Konferensi Alkitab 2017 ini dan temuikanlah jawapan yang anda sedang cari.

Konferensi Alkitab: Pengajaran Daripada Perumpamaan

Konferensi Alkitab 2017 yang bertopik "Pengajaran Daripada Perumpamaan" akan diadakan! Kenapa anda harus datang? Yesus kerap menggunakan perumpamaan untuk memberi pengajaran yang mengubah kehidupan. Fahamilah pengajaran ini dengan lebih terperinci melalui hamba Tuhan, Rev. Mike Raiter dari Australia supaya kehidupan anda dibina atas dasar yang kukuh. Datanglah bersama untuk mempelajari firman Tuhan. Jurubahasa bahasa Malaysia disediakan.

Melebihi Label

Sebuah gereja di kota saya mempunyai kad aluan pelawat yang unik yang menyatakan kasih dan anugerah Tuhan untuk semua orang. Perkataan yang tertulisnya, “Jika Anda Adalah ... orang salih, orang berdosa, orang yang kalah, pemenang”—diikuti dengan banyak istilah lain yang menggambarkan orang yang sedang bergelut—”penagih alkohol, munafik, penipu, penakut, orang yang kekok ... Anda dialu-alukan di sini.” Salah seorang pastor gereja itu memberitahu saya, “Kami membaca kad ini dengan kuat bersama-sama dalam kebaktian kami setiap hari Ahad.”

Seperti Bapa

Bukankah ia menimbulkan rasa sayang apabila kita melihat kanak-kanak meniru ibu bapanya? Kerap kali kita melihat seorang anak akan menggenggam stereng khayalan di tempat duduk kereta, sambil memandang sungguh-sungguh apa yang akan dilakukan bapa seterusnya.

Berakar Dalam

Pokok Sequoia, salah satu daripada tiga jenis spesies ‘redwoods’, adalah antara organisma terbesar dan bertahan paling lama di dunia. Ia boleh bertumbuh hingga 91 meter tinggi, berberat lebih 1.1 juta kilogram, dan hidup selama 3,000 tahun. Tetapi saiz dan umur panjang pokok Sequoia yang megah ini bergantung kepada akarnya yang terdapat di bawah permukaan. Jalinan akar sepanjang 3 hingga 4 meter menjalar seluas satu ekar di bawah tanah, menyokong pokok-pokok ini yang memiliki ketinggian menjulang dan berat yang menakjubkan dengan kukuh.