Rakan saya Jaime bekerja di sebuah syarikat antarabangsa yang besar. Ketika dia mula bekerja dengan syarikat itu, seorang lelaki datang kepadanya dan bertanya tentang tugasnya di situ. Selepas memberitahu lelaki tersebut mengenai kerjanya, Jamie bertanyakan nama lelaki itu. “Nama saya Rich,” jawabnya.
“Gembira bertemu dengan kamu,” jawab Jaime. “Apa pula jawatan anda di sini?”
“Oh, saya ialah pemilik syarikat ini.”
Tiba-tiba Jaime sedar, salah seorang yang terkaya di dunia ini sedang mengadakan perbualan yang ramah dan rendah hati dengannya.
Pada zaman sekarang yang orang suka mengagungkan diri, cerita kecil ini menjadi peringatan kepada kata-kata penting Paulus dalam kitab Filipi: “Janganlah lakukan apa pun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan” (2:3). Orang yang menumpukan perhatian mereka kepada orang lain dan bukannya kepada diri sendiri memiliki sikap-sikap seperti yang disebut oleh Paulus.
Apabila kita “menganggap orang lain adalah lebih tinggi daripada diri sendiri,” kita mendemonstrasikan kerendahan hati seperti Kristus (ayat 3). Kita mencerminkan Yesus, yang telah datang “bukan untuk dilayan tetapi untuk melayan” (Markus 10:45). Apabila kita “mengambil bentuk seorang hamba” (Filipi 2:7), kita mempunyai pemikiran seperti Yesus (ayat 5).
Sewaktu kita berinteraksi dengan orang lain hari ini, janganlah kita melihat kepentingan kita sendiri tetapi “jagalah juga kepentingan orang lain” (ayat 4).