Ketika saya masih seorang budak perempuan, saya mengajak seorang rakan pergi melihat-lihat di sebuah kedai hadiah yang berdekatan dengan rumah saya. Bagaimanapun, dia memeranjatkan saya kerana dia memasukkan segenggam penyepit rambut berwarna-warni yang berbentuk krayon ke dalam poket saya, lalu menarik saya cepat-cepat keluar dari kedai itu tanpa membuat pembayaran. Kesalahan itu telah menyeksa saya selama seminggu sebelum saya memberitahu ibu saya—dan ketika saya membuat mengaku kesalahan kepadanya, air mata saya pun tercucur.

Oleh sebab saya sedih atas keputusan yang tidak menghalang rakan saya itu, maka saya mengembalikan barang yang dicuri dan meminta maaf kepada pemilik kedai dan berjanji tidak akan mencuri lagi. Walaupun pemilik kedai itu tidak mahu saya pergi ke kedainya lagi, namun oleh sebab ibu sudah memaafkan saya dan memberi keyakinan bahawa saya telah membuat keputusan yang terbaik untuk memperbetul keadaan, maka saya pun dapat tidur dengan tenang pada malam itu.

Raja Daud juga menjadi tenang dalam pengampunan melalui pengakuan dosa (Mazmur 32:1–2). Dia telah menyembunyikan kejahatannya pada mulanya terhadap Batsyeba dan Uria (2 Samuel 11–12) sehingga “tenaganya hilang” (Mazmur 32:3–4). Tetapi setelah Daud menolak untuk “menyembunyikan” kejahatannya, Tuhan mengampuni dia (ayat 5). Tuhan melindunginya “daripada kesusahan” dan membungkusnya dengan “nyanyian penyelamatan” (ayat 7). Daud bersukacita kerana “orang yang percaya kepada TUHAN akan dilimpahi kasih setia” (ayat 10).

Kita tidak boleh menghindari akibat-akibat dosa kita atau mengawal respons orang lain apabila kita mengaku dan meminta pengampunan. Tetapi Tuhan boleh menguatkan kita untuk menikmati kebebasan daripada ikatan dosa dan keamanan melalui pengakuan dosa, semasa Dia menunjukkan bahawa dosa kita sudah dihapuskan—selamanya.