Month: September 2017

Baru: Luar Dan Dalam

Beberapa tahun yang lalu seorang penerbit telah membuat satu kesilapan besar. Sebuah buku telah berada di pasaran untuk beberapa tahun, jadi tiba masanya untuk membuat perubahan. Maka pengarang itu pun menulis semula buku tersebut untuk membuatnya relevan dengan aliran zaman. Namun apabila edisi semakan ini diterbitkan, mereka menemui masalah. Rupanya penerbit itu telah memberikan kulit buku baharu yang sangat baik pada buku tersebut tetapi memasukkan isi kandungan yang lama.

Iman Yang Segar

Ketika anak lelaki kami bergelut dengan ketagihan heroin, jika anda memberitahu saya bahawa suatu hari nanti Tuhan akan menggunakan pengalaman kami ini untuk menggalakkan keluarga lain yang menghadapi pergelutan yang sama, saya sukar untuk mempercayainya. Tuhan mempunyai cara untuk membawa keluar kebaikan melalui keadaan-keadaan yang sukar, yang selalunya tidak mudah dikesan apabila anda sedang melaluinya.

Hari Yang Tidak Dapat Berdoa

Pada bulan November 2015, saya diberitahu bahawa saya perlu menjalani pembedahan jantung. Dengan perasaan terkejut dan sedikit gentar, frasa “saya akan mati” telah terlintas dalam fikiran saya. Adakah sebarang hubungan yang perlu saya perbaiki? Adakah hal-hal kewangan yang perlu saya selesaikan untuk keluarga saya? Adakah kerja-kerja yang boleh dilakukan terlebih dahulu? Bagaimana dengan tugas-tugas yang tidak boleh ditangguh; siapakah yang boleh saya serahkan tugas itu? Inilah masa saya perlu mengambil tindakan dan berdoa.

Pakaian Bermusim

Semasa menanggalkan tag harga daripada pakaian musim sejuk yang saya telah beli, saya tersenyum apabila terbaca ungkapan yang tertera di belakang baju tersebut: “AMARAN: Produk inovatif ini akan membuat anda ingin pergi ke luar rumah dan tidak ingin pulang.” Apabila mengenakan pakaian musim yang sesuai, seseorang boleh terus hidup dan bergiat maju meskipun dalam keadaan cuaca yang teruk dan kian berubah-ubah.