Marilyn telah jatuh sakit selama beberapa minggu, dan ramai orang telah memberi galakan kepadanya sepanjang masa kesukaran itu. Bagaimanakah aku dapat membalas budi mereka? fikirnya dengan bimbang. Pada suatu hari, dia membaca kata-kata doa ini: “Berdoalah supaya [orang lain] akan memiliki kerendahan hati, izinkan mereka bukan sahaja melayani, tetapi juga dilayani.” Marilyn tiba-tiba menyedari bahawa dia tidak perlu memikirkan bahawa dia mesti melayani orang lain setelah dia dilayani, tetapi cukup untuk bersyukur dan mengizinkan orang lain mengalami kegembiraan ketika melayani orang.
Dalam Filipi 4, rasul Paulus mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang “mengambil bahagian dalam kesusahan[nya]” (ayat 14). Dia bergantung kepada orang lain untuk menyokongnya sementara dia berkhutbah dan mengajarkan Injil. Dia mengerti bahawa pemberian yang disediakan untuknya, apabila dia menghadapi kekurangan hanyalah pernyataan kasih jemaah terhadap Tuhan: “[pemberian kamu adalah] bau yang harum dan persembahan yang diterima serta diredai Allah” (ayat 18).
Mungkin tidak mudah untuk menjadi seorang penerima—terutamanya jika anda selalunya orang yang pertama untuk membantu orang lain. Tetapi dengan kerendahan hati, kita boleh mengizinkan Tuhan mengambil berat terhadap kita dengan pelbagai cara, ketika kita memerlukan bantuan.
Paulus menulis: “Allahku akan membekalkan segala keperluanmu” (ayat 19). Inilah yang telah dipelajarinya semasa mengalami dugaan dalam hidupnya. Tuhan adalah setia dan pembekalan-Nya kepada kita tidak mempunyai had.