Kisah Ruth
Ruth sering menitiskan air mata apabila menceritakan kisahnya. Umur Ruth sudah mencapai pertengahan 80-an dan tidak lagi kuat untuk ke sana ke sini, malah tidak dapat menyertai banyak aktiviti di gereja. Dia menumpang kereta orang untuk pergi ke gereja dan tidak mempunyai ramai kawan kerana dia hidup bersendirian.
Menguraikan Misteri
Saya selalu terhibur dengan kepintaran dan pemahaman mendalam Charles Schulz, pelukis komik Peanuts. Salah satu lukisan kartunnya yang saya suka muncul dalam sebuah buku bertajuk Teen-Ager Is Not a Disease, kisah tentang anak muda di gereja. Kartun itu menunjukkan seorang anak muda sedang memegang sebuah Alkitab sambil bercakap kepada kawannya melalui telefon, “Saya sedang mula membaca Perjanjian Lama, langkah pertama untuk menguraikan misterinya!”
Rekod Kebolehpercayaan
Sebelum saya dan suami saya menyerahkan hidup kami kepada Kristus, kami telah mempertimbangkan perceraian secara serius. Tetapi selepas membuat komitmen untuk mengasihi dan mentaati Tuhan, kami komited semula kepada satu sama lain. Kami mendapat kaunseling dan mengundang Roh Kudus untuk mengubah kami secara individu dan sebagai pasangan suami dan isteri. Bapa syurgawi juga menolong kami mewujudkan komunikasi yang sihat secara berterusan. Dia mengajar kami bagaimana mengasihi dan percaya kepada-Nya—dan kepada satu sama lain—tidak mengira apa jua yang berlaku.
Berakar Dalam Tuhan
Ketika kawan-kawan saya berpindah ke rumah baru, mereka menanam pokok bunga wisteria berhampiran pagar rumah dan berharap bunganya yang berwarna ungu muda akan mekar selepas lima tahun ditanam. Mereka dapat menikmati kecantikan dan kesuburan bunga itu selama dua dekad, dengan mencantas dan menjaga bunga-bunganya dengan baik. Tetapi tiba-tiba pokok bunga itu mati kerana tanah di sebelah pagar telah dituangi racun rumpai oleh jiran mereka. Mereka berfikir mungkin racun itu telah meresap ke akar bunga sehingga pokok itu mati. Tetapi di luar jangkaan mereka, pada tahun berikutnya, pokok itu bertumbuh lagi.