Memori Meneguhkan Iman
Ketika saya memasuki ruang ibadat yang penuh dengan muzik, saya memerhatikan orang ramai sedang berkumpul untuk merayakan ketibaan Tahun Baru. Sukacita memenuhi hati saya dengan harapan, ketika saya mengingat doa-doa pada tahun-tahun sebelumnya. Jemaah kami pernah berdoa dengan dukacita untuk kanak-kanak yang memberontak, kematian orang yang dikasihi, kehilangan pekerjaan, dan hubungan yang hancur. Namun kami juga mengalami anugerah Tuhan ketika kami mengingat semula Dia telah mengubah hati dan menyembuhkan hubungan antara orang. Kami telah merayakan bersama bagi doa yang terkabul, perkahwinan, graduan dan pembaptisan anggota keluarga Tuhan. Kami pernah menyambut anak yang baru dilahirkan, anak yang dijadikan anak angkat, ataupun anak yang didedikasikan kepada Tuhan, dan banyak lagi kenangan.
Masa Penyiapan Kerja
Pada akhir tahun, tekanan daripada kerja-kerja yang tidak disiapkan boleh membebani kita. Tanggungjawab dan tugas di rumah seakan-akan tiada penghujungnya, dan tugas hari ini yang belum selesai harus diteruskan pada keesokan harinya. Tetapi ada masa-masa dalam perjalanan iman kita yang kita patut berhenti untuk sejenak, merayakan kesetiaan Tuhan dan tugas-tugas yang sudah diselesaikan.
Kekaguman terhadap Hasil Tuhan
Nama burung madu dalam bahasa Inggeris, hummingbird dipilih sempena bunyi dengungan hum apabila burung ini mengepak-ngepakkan sayap. Dalam bahasa-bahasa lain, burung madu dikenali sebagai “pencium bunga” (bahasa Portugis) atau “permata yang terbang” (bahasa Sepanyol). Salah satu nama kegemaran saya untuk burung ini adalah biulu, “kekal dalam pandangan” (bahasa orang Zapotek Mexico). Dengan kata lain, sekiranya anda hanya melihat seekor burung madu untuk sekali, anda tidak akan melupakannya.
Kiriman pada Januari 2018
Betapa menakjubkan cara Tuhan menjangkau orang di seluruh Asia Pasifik. Sementara kami berusaha untuk menjadikan kebijaksanaan firman Tuhan yang boleh mengubah hidup boleh difahami dan diperoleh oleh semua orang, kami sentiasa kagum akan cara Tuhan yang menggunakan bahan kami untuk memimpin orang datang kepada Dia, bahkan selalu melalui cara yang tidak dijangkakan.
Ketika anda membaca halaman-halaman seterusnya, semoga anda dikukuhkan…
Saat-Saat Seharian
Saya memasukkan barang runcit ke dalam kereta dan memandu keluar dari tempat meletak kereta dengan berhati-hati. Tiba-tiba seorang lelaki meluru pergi ke lorong berjalan kaki di hadapan saya tanpa melihat kereta saya. Saya terus menekan brek, nyaris-nyaris melanggar lelaki tersebut. Dia berasa terkejut, lalu mengangkat muka sehingga mata kami bertembung. Pada saat itu, saya tahu bahawa saya ada satu pilihan: memberi respons dengan jelingan marah, ataupun memberi senyuman sebagai tanda maaf. Saya memilih untuk senyum kepadanya.