Beberapa ribu tahun yang lalu, Tuhan berfirman langsung kepada Musa dan memulakan satu perayaan baharu bagi umat-Nya. Dalam Keluaran 23:16, menurut catatan Musa, Tuhan berkata, “Tetaplah rayakan Perayaan Penuaian, iaitu penuaian hasil pertama daripada apa yang telah kamu usahakan di ladang.”
Pada hari ini, negara-negara di seluruh dunia melakukan sesuatu yang serupa dengan merayakan nikmat hasil bumi. Di Ghana, rakyat merayakan Perayaan Ubi Keladi sebagai acara menuai. Di Brazil, Dia de Acao de Gracas adalah masa bersyukur untuk tanaman yang menghasilkan makanan mereka. Di China, terdapat Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Perayaan Kuih Bulan). Di Amerika Syarikat dan Kanada: Hari Kesyukuran.
Untuk memahami maksud penetapan perayaan penuaian, kita harus mengenal kisah Nuh yang berlaku selepas banjir. Tuhan mengingatkan Nuh dan keluarganya—dan kita—akan pembekalan-Nya supaya kewujudan kita berkembang di bumi ini. Bumi mempunyai musim, siang dan kegelapan serta “musim menabur dan musim menuai” (Kejadian 8:22). Kesyukuran kita untuk hasil penuaian yang mencukupkan kita dalam kehidupan, seharusnya hanya tertuju kepada Tuhan.
Di mana-mana jua anda tinggal atau cara anda merayakan limpah kurnia tanah, ambillah masa pada hari ini untuk mengucapkan syukur kepada Tuhan—kerana kita mungkin tidak mempunyai musim penuaian untuk dirayakan, tanpa reka bentuk Tuhan yang kreatif.