Saya dan anak perempuan saya yang paling bongsu mempunyai permainan yang kami panggil “Cubit-cubit.” Semasa dia menaiki tangga, saya akan mengejarnya dan cuba mencubitnya. Peraturan permainan ini adalah saya hanya boleh mencubit dia (dengan lembut, sudah tentu!) ketika dia berada di atas tangga. Sekali dia tiba di tingkat atas, dia akan selamat. Namun, kadang-kadang dia tidak berasa hendak bermain. Jadi jika saya mengikut dia untuk naik ke tingkat atas, dia akan berkata dengan tegas, “Tidak mahu cubitan!” Saya akan menjawab, “Tiada cubitan. Saya berjanji.”
Sekarang, janji itu mungkin kelihatan perkara kecil. Tetapi apabila saya menepati apa yang saya katakan, anak perempuan saya mula memahami sesuatu tentang perangai saya. Dia belajar bahawa kelakuan saya setimpal dengan kata-kata saya. Dia tahu janji saya adalah baik, dan dia boleh mempercayai saya. Ini cuma perkara kecil, seperti menepati janji sedemikian. Tetapi janji-janji atau dengan menepati janji-janji, ini merupakan pelekat bagi setiap hubungan. Janji-janji tersebut meletakkan asas bagi kasih dan kepercayaan sesama manusia.
Saya fikir itulah yang dimaksudkan oleh Petrus ketika dia menulis bahawa janji-janji Tuhan membolehkan kita “mengambil bahagian dalam sifat keilahian Allah” (2 Petrus 1:4). Apabila kita mentaati firman Nya, mempercayai apa yang dikatakan-Nya mengenai diri-Nya dan kita, maka kita akan memahami bahawa Tuhan amat menghargai kita. Tuhan mendedahkan kesetiaan-Nya apabila kita yakin bahawa perkataan-perkataan-Nya adalah benar. Saya bersyukur kerana Alkitab yang penuh dengan janji-janji Tuhan, peringatan yang kukuh ini menyatakan bahawa “belas kasihan-Nya tiada akan pudar. Semuanya baru setiap pagi” (Ratapan 3:22-23).