Pada 21 Ogos 2016, Carissa mempamerkan gambar banjir yang dahsyat di Louisiana, Amerika Syarikat melalui media sosial. Pada keesokan paginya, dia menyertakan kiriman permintaan daripada seseorang di kawasan banjir tersebut yang memohon bantuan. Lima jam kemudian, dia dan suaminya, Bobby, menghantar panggilan kepada orang lain untuk menyertai mereka menempuh perjalanan kira-kira sejauh 1,600 kilometer untuk memberikan bantuan. Kurang daripada dua puluh empat jam kemudian, seramai tiga belas orang berada dalam perjalanan untuk membantu mereka yang mengalami kerosakan rumah teruk.

Apa yang mendorong orang mengetepikan segala-galanya dan memandu selama tujuh belas jam untuk memindahkan peralatan, melakukan kerja perobohan, dan memberikan harapan di tempat yang mereka belum pernah pergi sebelum ini? Segalanya digerakkan oleh kasih.

Fikirkan ayat ini, yang dikirimkan oleh Carrisa berserta panggilan untuk mendapatkan bantuan: “Serahkan jalan hidupmu kepada TUHAN; percayalah kepada-Nya maka Dia akan bertindak “(Mazmur 37:5). Hal ini memang benar terutamanya apabila kita menjawab panggilan Tuhan untuk memberi pertolongan. Rasul Yohanes berkata, “Jika seorang … melihat saudaranya yang miskin memerlukan bantuan tetapi tidak mahu menolongnya, bagaimanakah kasih Allah dapat hidup dalam dirinya? “ (1 Yohanes 3:17). Ini mungkin satu tugas yang—menawarkan hati—tetapi kita memiliki janji pertolongan daripada Tuhan apabila kita “melakukan apa yang diredai-Nya” (ayat 22).

Ketika orang lain memerlukan bantuan, kita boleh memuliakan Tuhan dengan bersedia untuk mengatakan “ya” kerana kasih dan membantu orang lain seperti yang diinginkan-Nya.