Beberapa musim sejuk yang lalu, kampung halaman saya akhirnya menyambut musim bunga yang beransur panas, setelah mengalami suhu sejuk yang luar biasa. Selama dua minggu berturut-turut, suhu di luar telah jatuh di bawah paras beku (-20 Celsius; -5 Fahrenheit).
Pada suatu pagi yang amat sejuk, bunyi kicauan burung memecahkan kesunyian malam. Nyanyian daripada puluhan, bahkan ratusan burung boleh kedengaran. Meskipun saya tidak memahami erti bunyi tersebut, namun saya amat percaya bahawa makhluk-makhluk kecil itu sedang menyeru sang Pencipta agar Dia meninggikan cuaca di sekeliling!
Pakar-pakar burung memberitahu kami bahawa kebanyakan bunyi kicauan burung yang kami dengar pada pagi musim panas terdiri daripada jenis burung jantan, yang cuba menarik pasangan dan menuntut kawasan milik. Kicauan burung-burung tersebut mengingatkan saya bahawa Tuhan menyempurnakan ciptaan-Nya untuk mengekalkan serta menjadikan kehidupan itu berkembang maju—kerana Dialah Tuhan sumber kehidupan.
Dalam sebuah mazmur yang menyatakan ketakjuban terhadap bumi Tuhan yang sedang berkembang maju, penulis bermula dengan menulis, “Pujilah TUHAN, wahai jiwaku” (Mazmur 104:1). Seterusnya dia menulis, “Di sisinya burung-burung angkasa membuat sarang; dan menyanyi di cabang-cabang pokok” (ayat 12).
Daripada burung-burung yang bernyanyi dan bersarang, sehinggalah “laut yang besar dan luas, yang tidak terkira banyak isi di dalamnya—makhluk hidup yang kecil dan besar” (ayat 25), kita boleh melihat alasan kita untuk memuji sang Pencipta kerana perbuatan-Nya untuk memastikan semua hidupan di bumi ini bertumbuh kuat.