Baru-baru ini saya telah melawat Bangunan Empire State bersama seorang kawan. Barisan beratur kelihatannya tidak begitu panjang—hanya berada di bawah blok dan sekitar sudut bangunan tersebut. Namun apabila kita memasuki bangunan itu, kami mendapati bahawa barisan orang di situ adalah begitu panjang sehingga mereka boleh beratur di sepanjang lobi, tangga dan ruang lain. Setiap sudut yang baru menunjukkan barisan yang lagi panjang.
Tempat-tempat tarikan dan taman tema dengan cermatnya mengarahkan khalayak ramai untuk membuat barisan kelihatan lebih pendek. Tetapi kekecewaan boleh sahaja bersembunyi “di sekitar sudut.”
Kadang-kadang kekecewaan dalam kehidupan adalah lebih teruk. Kita tidak mendapat pekerjaan yang kita dambakan; kawan-kawan yang kita amat percayai telah mengecewakan kita; hubungan romantik yang kita idamkan tidak berhasil. Tetapi mengenai kekecewaan ini, firman Tuhan menyuarakan kebenaran yang menyegarkan tentang harapan kita kepada-Nya. Rasul Paulus menulis, “Penderitaan membina ketabahan. Ketabahan membina budi pekerti; dan budi pekerti membina harapan. Dan harapan tidak mengecewakan kita, kerana Allah telah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita melalui Roh Kudus, yang telah dikurniakan-Nya kepada kita” (Roma 5:3-5).
Apabila kita meletakkan kepercayaan kita pada Dia, melalui Roh-Nya, Tuhan akan membisikkan kebenaran bahawa kita dikasihi tanpa syarat dan suatu hari nanti akan bersama dengan Dia—tidak kira apa halangan yang kita hadapi. Di dunia yang sering mengecewakan kita, alangkah baiknya apabila mengetahui bahawa Tuhan memberikan harapan yang tulen.