Masa berlalu dengan begitu cepat ketika anda sedang bergembira.” Ungkapan ini tidak mempunyai asas sebenarnya, tetapi pengalaman hidup memberitahu kita bahawa ungkapan ini amat benar.
Ketika hidup kita menyenangkan, kita mendapati bahawa masa berlalu dengan begitu cepat. Apabila saya diberikan tugas yang saya gemar lakukan, atau bersama dengan seorang teman yang saya suka, kita seolah-olah tidak lagi mempertimbangkan jumlah masa yang telah dihabiskan.
Pengalaman saya mengenai “realiti” ini telah memberi saya pemahaman baru tentang kejadian yang dihuraikan dalam Wahyu 4. Pada masa yang lalu, apabila saya memikirkan empat makhluk hidup yang duduk di sekeliling takhta Tuhan yang terus-menerus mengulangi beberapa perkataan yang sama, saya fikir, Hal itu sungguh membosankan!
Namun saya tidak lagi berfikir sedemikian. Saya mula berfikir tentang pemandangan yang disaksikan oleh mata kasar mereka (ayat 8). Saya berfikir tentang pandangan mereka melalui kedudukan mereka di sekitar takhta Tuhan (ayat 6). Saya memikirkan betapa kagumnya mereka terhadap penglibatan Tuhan yang bijak dan penyayang ke atas umat manusia yang memberontak. Kemudian saya berfikir, Apakah tindak balas yang lebih baik boleh kita berikan? Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan melainkan, “Suci, suci, suci”?
Adakah ini membosankan untuk mengucapkan kata-kata yang sama secara berulang-ulang? Sebenarnya tidak apabila anda bersama-sama orang yang anda sukai. Hal ini juga tidak membosankan apabila anda melakukan sesuatu yang tepat seperti apa yang direka untuk anda lakukan.
Seperti empat makhluk itu, kita direka untuk memuliakan Tuhan. Kehidupan kita tidak membosankan jika kita menumpukan perhatian kita pada Dia dan memenuhi maksud asal Tuhan bagi kita.