Month: Januari 2018

“Ya” Kerana Kasih

Pada 21 Ogos 2016, Carissa mempamerkan gambar banjir yang dahsyat di Louisiana, Amerika Syarikat melalui media sosial. Pada keesokan paginya, dia menyertakan kiriman permintaan daripada seseorang di kawasan banjir tersebut yang memohon bantuan. Lima jam kemudian, dia dan suaminya, Bobby, menghantar panggilan kepada orang lain untuk menyertai mereka menempuh perjalanan kira-kira sejauh 1,600 kilometer untuk memberikan bantuan. Kurang daripada dua puluh empat jam kemudian, seramai tiga belas orang berada dalam perjalanan untuk membantu mereka yang mengalami kerosakan rumah teruk.

Sikap itu Penting

Regina memandu pulang dari tempat kerja dalam keadaan lemah semangat dan letih. Hari itu dimulakan dengan kiriman berita yang menyedihkan daripada seorang kawan. Kemudian keadaannya itu terbawa-bawa ke mesyuarat bersama rakan-rakan sekerja yang enggan menerima sebarang ideanya. Semasa Regina sedang bercakap dengan Tuhan, dia berpendapat bahawa lebih baik dia mengetepikan tekanan pada hari itu dan membuat lawatan kejutan dengan membawa bunga untuk seorang kawan yang sudah berumur di pusat penjagaan. Semangatnya bangkit kembali apabila Maria berkongsi kebaikan Tuhan kepadanya. Dia berkata, “Saya mempunyai katil sendiri dan sebuah kerusi, tiga hidangan makanan sehari, serta boleh mendapat bantuan daripada jururawat di sini. Ada kalanya Tuhan juga menghantar burung kardinal muncul di tepi tingkap saya kerana Dia tahu saya menyukai burung ini dan Dia mengasihi saya.”

Janji, Janji

Saya dan anak perempuan saya yang paling bongsu mempunyai permainan yang kami panggil “Cubit-cubit.” Semasa dia menaiki tangga, saya akan mengejarnya dan cuba mencubitnya . Peraturan permainan ini adalah saya hanya boleh mencubit dia (dengan lembut, sudah tentu!) ketika dia berada di atas tangga. Sekali dia tiba di tingkat atas, dia akan selamat. Namun, kadang-kadang dia tidak berasa hendak bermain. Jadi jika saya mengikut dia untuk naik ke tingkat atas, dia akan berkata dengan tegas, “Tidak mahu cubitan!” Saya akan menjawab, “Tiada cubitan. Saya berjanji.”

Pertolongan Aku!

Selama beberapa dekad, Koir Brooklyn Tabernacle yang terkenal telah memberkati ramai orang melalui lagu-lagu Injil mereka yang menyegarkan jiwa. Salah satu contoh ialah rakaman mereka berdasarkan Mazmur 121 yang bertajuk “Pertolongan Aku.”