Apabila Dr. Rishi Manchanda menanyakan pesakit-pesakitnya, “Di manakah kamu tinggal?” Dia bukan hanya bertanya tentang alamat mereka. Sebenarnya dia telah mengesan satu pola masyarakat. Mereka yang datang kepadanya untuk bantuan sering hidup dalam alam sekitar yang tertekan. Kulat, perosak dan toksin adalah penyebab sakit mereka. Oleh itu Dr. Manchanda menjadi pendukung bagi penubuhan yang dipanggilnya sebagai Doktor Hulu. Mereka terdiri daripada para pekerja kesihatan yang menyediakan rawatan perubatan kecemasan, sambil bekerjasama dengan pesakit dan komuniti untuk mendapatkan sumber kesihatan yang lebih baik.
Ketika Yesus menyembuhkan orang yang datang kepada-Nya (Matius 4:23-24), Dia membuka mata mereka untuk melihat melampaui keperluan fizikal dan kebendaan mereka yang mendesak. Melalui Khutbah di atas Bukit, Yesus menawarkan lebih daripada keajaiban perubatan (Matius 5:1-12). Tujuh kali Yesus menggambarkan sikap pemikiran dan hati yang mencerminkan kesejahteraan bermula dengan visi baru dan janji akan kesejahteraan rohani (ayat 3–9). Dua kali lagi Dia berkata bahawa orang yang menderita penganiayaan adalah diberkati, dan mereka akan menemukan harapan dan kediaman yang kekal dalam Dia (ayat 10-12).
Kata-kata Yesus membuat saya tertanya-tanya. Di manakah saya tinggal? Setakat ini adakah saya menyedari bahawa keperluan saya untuk kesejahteraan adalah lebih besar daripada keperluan fizikal dan kebendaan saya yang mendesak? Ketika saya mengejar keajaiban, adakah saya rindu menjadi orang yang diberkati, seperti dikatakan Yesus sebagai orang yang miskin kerohanian, bersedih, lapar dan dahaga akan perbenaran, belas kasihan, dan membawa kedamaian antara manusia?