Mengapakah setiap tahun lebih daripada 500 juta orang sanggup membayar untuk berlari beberapa kilometer jauh disertai jalan berhalangan, yang termasuklah mendaki dinding tegak, mengharungi lumpur, menaiki paip tegak sambil disirami air? Ada yang berpendapat ini sebagai cabaran peribadi untuk melihat setakat mana mereka boleh tahan atau mengalahkan ketakutan dalam diri. Bagi orang lain, tarikannya adalah kerja berpasukan, iaitu para pesaing menghulurkan bantuan dan menyokong satu sama lain. Ada orang menyebutnya sebagai “zon tidak pandang rupa” bahawa orang yang tidak dikenali akan memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menamatkan perlumbaan (Stephanie Kanowitz, The Washington Post).
Alkitab menggesa kita menjalankan hidup sebagai satu pasukan untuk menjadikan iman kita dalam Yesus sebagai teladan hidup. “Marilah kita saling perhatikan satu sama lain untuk menimbulkan kasih dan perbuatan yang baik. Jangan berhenti daripada berhimpun, seperti yang dilakukan oleh setengah-setengah orang. Nasihatilah sesama sendiri, terutamanya setelah kamu sedar Hari Tuhan itu kian hampir” (Ibrani 10:24-25).
Matlamat kita dalam perlumbaan iman bukan “tamat dulu”, tetapi kita hendaklah dengan nyata saling menggalakkan dengan memberikan teladan dan pertolongan sepanjang perjalanan iman kita.
Pada suatu hari nanti, kita akan meninggalkan dunia ini. Oleh itu dalam perjalanan hidup ini, marilah kita perhatikan satu sama lain, bersedia menolong dan saling menggalakkan setiap hari.