Pada hari perkahwinan kami, Martie dan saya dengan gembira berikrar untuk tetap setia “pada masa senang atau susah, sakit atau sihat, kaya atau miskin.” Ini agak pelik untuk menyebutkan ikrar mengenai kenyataan hidup yang suram seperti masa-masa susah, sakit dan kemiskinan pada hari perkahwinan yang meriah. Namun ini menekankan hakikat bahawa hidup memang sering ada masa-masa yang susah.

Jadi apakah yang kita patut lakukan apabila kita menghadapi kesusahan hidup yang pasti berlaku? Bagi pihak Kristus, Paulus menggesa kita agar “bersyukur dalam segala keadaan” (1 Tesalonika 5:18). Walau apa pun kesusahan, Tuhan ada sebab yang baik untuk menggalakkan kita memiliki semangat bersyukur. Kesyukuran didasari kebenaran bahawa Tuhan kita baik dan “kasih-Nya kekal selama-lamanya” (Mazmur 118:1). Dia tidak sekali-kali akan meninggalkan atau membiarkan kita, dan Dia menguatkan kita ketika di tengah-tengah penderitaan (Ibrani 13:5–6). Dengan kasih, Tuhan menggunakan penderitaan untuk membina budi pekerti kita supaya menjadi seperti Dia (Roma 5:3-4).

Apabila kesusahan menimpa hidup kita, keputusan yang memilih untuk bersyukur akan membuat fikiran kita tertumpu kepada kebaikan Tuhan dan memberi kita kekuatan dalam usaha mengatasinya. Bersama-sama pemazmur, kita boleh menyanyi, “Bersyukurlah kepada TUHAN kerana kebaikan-Nya; kasih-Nya kekal selama-lamanya” (Mazmur 118:29).