Telefon saya berbunyi dan saya menerima mesej daripada anak perempuan saya. Rupa-rupanya dia meminta resipi pai aiskrim rasa pudina moyang-nya. Apabila saya membelek-belek kad resipi dalam kotak resipi saya yang sudah usang, saya ternampak tulisan tangan unik nenek saya—dan beberapa catatan tulisan kursif kecil ibu saya. Melalui permintaan anak saya itu, ini telah mengingatkan saya bahawa resipi pencuci mulut itu akan diwariskan kepada generasi keempat dalam keluarga saya.

Saya tertanya-tanya, Apakah warisan lain keluarga saya yang mungkin diturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya? Bagaimanakah pula dengan kepercayaan saya? Selain pai, adakah kepercayaan saya dan nenek saya juga akan diwarisi anak saya dan keturunannya?

Dalam Mazmur 79, Pemazmur meratap akan bangsa Israel yang kucar-kacir, kerana mereka telah kehilangan kepercayaan mereka kepada Tuhan. Dia memohon kepada Tuhan supaya menyelamatkan umat-Nya daripada orang jahat dan memulihkan keadaan Yerusalem untuk menjadi tempat yang selamat. Apabila ini dilakukan, dia berjanji untuk mengikut jalan Tuhan dengan komitmen yang telah dipulihkan dan berterusan. Katanya, “Oleh itu, kami, umat-Mu dan kawanan domba-Mu, akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya; kami akan memuji-Mu turun-temurun” (ayat 13).

Dengan senang hati saya berkongsi resipi itu, saya tahu pencuci mulut nenek saya akan diwariskan kepada generasi baru keluarga kami. Saya juga berdoa dengan bersungguh-sungguh semoga warisan iman yang kekal dan telah diwariskan kepada saya akan diwariskan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain.