Beberapa tahun yang lalu, seorang wanita berkongsi cerita dengan saya tentang dia telah mendapati anak lelaki remajanya menonton berita tentang satu kejadian yang melibatkan keganasan. Dia terus menukar saluran televisyen. “Kamu tidak perlu menonton hal seperti begitu,” dia memberitahu anaknya. Seterusnya perdebatan yang hangat tercetus antara mereka, akhirnya kawan saya berkongsi bahawa anaknya perlu mengisi fikirannya dengan “apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah …” (Filipi 4:8). Selepas makan malam, ketika dia dan suaminya sedang menonton berita, tiba-tiba anak perempuan mereka yang berumur 5 tahun berlari masuk dan mematikan televisyen. “Kamu tidak perlu menonton hal-hal seperti itu,” katanya dengan meniru suara ibunya. “Sekarang fikirkan apa yang ada dalam Alkitab!”

Sebagai orang dewasa, kita boleh menyerap dan memproses berita lebih baik daripada anak-anak kita. Namun, anak perempuan pasangan itu amat lucu serta bijak apabila dia meneladani arahan ibunya yang awal. Orang dewasa yang matang juga boleh dipengaruhi jika terus melakukan perkara-perkara gelap dalam kehidupan. Merenungkan perkara yang disenaraikan oleh Paulus dalam Filipi 4:8 ialah ubat yang berkuasa untuk melawan kegelapan yang sering kali menimpa kita apabila kita melihat keadaan dunia kita.

Keputusan yang dibuat dengan baik tentang apa yang harus mengisi fikiran kita ialah cara yang terbaik untuk memuliakan Tuhan dan menjaga hati kita.