Sewaktu saya masih kanak-kanak, apabila saya berasa kesunyian, ditolak, atau berasa kasihan diri, kadangkala ibu saya akan cuba menghibur saya dengan menyanyikan lagu pendek yang popular: “Tiada sesiapa menyukai saya, semua orang membenci saya. Baik saya pergi makan cacing.” Selepas senyuman muncul di muka sedih saya, dia akan menolong saya melihat bahawa saya sebenarnya memiliki banyak hubungan yang istimewa dan sebab untuk bersyukur.
Apabila saya membaca bahawa Daud juga berasa bahawa tiada sesiapa mempedulikannya, lagu popular itu berbunyi di telinga saya. Namun kesakitan yang dialami oleh Daud bukanlah —dibesar-besarkan. Walaupun hal ini amat biasa bagi orang yang seumur saya untuk berasa kesunyian, Daud sebenarnya mempunyai alasan yang baik untuk berasa ditinggalkan. Dia menulis kata-kata ini dari gua yang gelap, tempat yang dia menyembunyikan diri daripada Saul yang berniat untuk membunuhnya (1 Samuel 22:1; 24:3-10). Masa itu Daud telah diurapi sebagai raja Israel yang akan datang (16:13), malah berkhidmat beberapa tahun di bawah pemerintahan Saul, tetapi sekarang dia hidup “dalam pelarian,” dan selalu takut akan dibunuh. Di tengah-tengah kesunyian yang dirasakan oleh Daud, dia berseru kepada Tuhan sebagai “penaungnya” dan “yang ada padaku di alam orang hidup” (Mazmur 142:5).
Seperti Daud, kita juga boleh berseru kepada Tuhan apabila kita berasa kesunyian, meluahkan perasaan kita dalam kedamaian kasih-Nya. Tuhan tidak pernah memperkecil kesunyian yang kita alami. Dia mahu menjadi teman kita sewaktu kita berada dalam gua kehidupan yang hidup. Walaupun kita berfikir bahawa tiada orang yang mempedulikan, namun Tuhan mempedulikan!