Melimpah
“Tidak! Tidak! Tidak! TIDAK!” saya menjerit. Ini tidak membantu sedikit pun. Penyelesaian bijak saya untuk tandas yang tersumbat—membilas sekali lagi—menghasilkan —akibat yang bertentangan dengan apa yang saya kehendaki. Saya tahu bahawa saya telah membuat kesilapan pada saat saya menekan butang untuk membilas sekali lagi. Kini saya berdiri tanpa dapat melakukan apa-apa sambil melihat air melimpah.
Memuji Kebaikan Tuhan
Salah seorang dalam kelompok pengkajian Alkitab kami mencadangkan, “Marilah kita menulis mazmur kita sendiri!” Pada mulanya ada yang tidak bersetuju kerana mereka tidak berbakat untuk menulis. Tetapi selepas mendapat sedikit dorongan, maka setiap orang menulis lagu puisi untuk menghuraikan bagaimana Tuhan telah bekerja dalam kehidupan mereka. Daripada semua pencubaan, perlindungan, pembekalan dan kesakitan serta air mata, maka muncul mesej bermakna; yang memberikan tema menarik untuk mazmur kami. Seperti Mazmur 136, setiap mazmur menyatakan kebenaran bahawa kasih Tuhan kekal selama-lamanya.
Bebas untuk Mengikut
Jurulatih saya bagi acara merentas desa di sekolah menengah pernah menasihati saya sebelum perlumbaan, “Jangan cuba mendahului semua orang. Orang yang mendahului yang lain akan cepat kehabisan tenaga.” Sebaliknya, dia mencadangkan saya agar berlari dekat dengan pelari yang paling cepat. Dengan membiarkan mereka memimpin rentak larian, saya akan dapat menyimpan tenaga mental dan fizikal untuk menamatkan perlumbaan dengan baik.
Tuhan Sedang Bekerja
“Adakah anda melihat Tuhan bekerja akhir-akhir ini?” tanya saya kepada beberapa orang kawan. Seorang menjawab, “Saya melihat Dia bekerja sewaktu saya membaca Alkitab setiap pagi; saya melihat Dia bekerja sewaktu Dia menolong saya menghadapi setiap hari yang baru; saya melihat Dia bekerja apabila saya tahu bahawa Dia telah menyertai saya dalam setiap langkah saya—saya menyedari bahawa Dia telah menolong saya menghadapi cabaran dan memberikan saya sukacita.” Saya suka jawapannya kerana ini menggambarkan melalui firman Tuhan dan Roh Kudus yang mendiami kita, Tuhan berada dekat dengan kita, dan bekerja dalam kehidupan orang yang mengasihi-Nya.