“Tidak! Tidak! Tidak! TIDAK!” saya menjerit. Ini tidak membantu sedikit pun. Penyelesaian bijak saya untuk tandas yang tersumbat—membilas sekali lagi—menghasilkan —akibat yang bertentangan dengan apa yang saya kehendaki. Saya tahu bahawa saya telah membuat kesilapan pada saat saya menekan butang untuk membilas sekali lagi. Kini saya berdiri tanpa dapat melakukan apa-apa sambil melihat air melimpah.

Untuk beberapa kali anak-anak kami pernah menuang susu dan salah menganggarkan kuantiti sehingga cecair putih tertumpah ke seluruh tempat. Atau kita mungkin pernah terlupa bahawa ada satu botol air soda yang berisi dua liter sedang berguling di belakang kereta … serta menghasilkan letupan yang mengejutkan.

Tidak, tumpahan tidak pernah menjadi perkara yang baik. Tetapi mungkin ada satu kekecualian. Rasul Paulus menggunakan imej dilimpahi untuk menggambarkan orang yang penuh dengan Roh Tuhan sehingga apa yang melimpah secara semula jadi ialah harapan (Roma 15:13). Saya suka gambaran itu yang dipenuhi dengan sukacita, damai dan iman kerana hadirat-Nya yang berkuasa dalam kehidupan kita. Gambaran ini begitu menakjubkan sehingga kita menyatakan secara semula jadi keyakinan yang menawan hati dalam Bapa kita yang di syurga. Hal itu mungkin berlaku pada musim kehidupan kita yang indah dan cerah. Atau apabila kehidupan kita bagaikan cawan yang digoncang. Apa pun yang terjadi, apa sahaja yang terkeluar daripada cawan itu ialah harapan yang memberi hidup kepada mereka di sekeliling kita, yang dibasahi oleh harapan itu.