Bulan: Mei 2018

Tidak Boleh Ditarik Balik

Ini bukan sekadar menyeberangi sungai. Mengikut undang-undang, jeneral Rom dilarang memimpin askar yang bersenjata masuk ke Rom. Maka apabila Julius Caesar memimpin Legion Ketiga Belas menyeberangi Sungai Rubicon dan masuk ke Itali pada tahun 49 SM, ini merupakan tindakan pengkhianatan. Akibat daripada keputusan Kaisar yang tidak dapat diubah ini, tercetuslah perang saudara yang berlangsung selama bertahun-tahun sebelum jeneral Rom yang hebat ini menjadi pemerintah mutlak. Hari ini, frasa “menyeberangi Sungai Rubicon” ialah metafora untuk menghuraikan detik tentang perbuatan kita yang “tidak boleh ditarik balik.”

Mengikut Pimpinan Tuhan

Pada bulan Ogos 2015, ketika saya sedang bersiap untuk memasuki sebuah universiti yang mengambil masa beberapa jam perjalanannya dari rumah, saya menyedari bahawa saya mungkin tidak akan berpindah pulang ke rumah selepas penamatan kursus ini. Banyak hal yang timbul dalam fikiran saya. Patutkah saya meninggalkan rumah? Keluarga saya? Gereja saya? Bagaimanakah jika Tuhan memanggil saya pergi ke negeri atau negara lain kemudian?

Cap Jari Tuhan

Lygon Stevens suka mendaki gunung dengan abangnya Nick. Mereka berdua merupakan pendaki yang berpengalaman dan pernah sampai ke puncak Gunung McKinley (Denali), puncak tertinggi di Amerika Utara. Kemudian, pada Januari 2008, mereka tertimbus oleh runtuhan salji di sebuah gunung di Colorado. Akibatnya Nick tercedera dan Lygon yang berumur 20 tahun terbunuh. Apabila Nick menemukan jurnal adik perempuannya dalam salah beg galasnya kemudian, dia sangat terhibur dengan isinya. Jurnal tersebut penuh dengan renungan, doa dan pujian kepada Tuhan seperti yang tertulis dalam satu ungkapan: “Saya ialah ciptaan seni, ditandatangani oleh Tuhan. Tetapi karya-Nya belum selesai; kenyataannya, Dia baru memulakannya ... Cap jari Tuhan boleh dikesan dalam hidup saya. Tidak akan ada seorang lagi seperti saya ... Saya ada tugas yang perlu saya lakukan dalam hidup ini dan tiadasesiapa pun yang lain dapat melakukannya.”

Bersandar pada Janji Tuhan

Abang kawan saya (ketika mereka masih kanak-kanak) meyakinkan kawan saya itu bahawa sebatang payung adalah cukup kuat untuk mengangkatnya selagi dia sudi hanya “percaya”. Oleh itu, “dengan iman” kawan saya itu melompat dari bumbung bangsal lalu pengsan, serta mengalami kecederaan kepala yang minor.