“Ada sesiapa yang akan memeluk semua orang?”
Itu adalah soalan yang kawan kami Steve bertanya selepas dia mengetahui bahawa dia menghidapi kanser dan menyedari bahawa dia tidak boleh menghadiri gereja untuk seketika. Steve seorang yang membuatkan orang rasa dialu-alukan—dengan salaman yang mesra, jabat tangan yang ramah, mahupun “pelukan suci” untuk sesetengah orang—untuk menerapkan perintah daripada Roma 16:16 yang mengatakan, “Bersalam-salamanlah dengan ciuman suci.”
Sekarang, kami berdoa untuk Steve agar Tuhan menyembuhkannya, pada masa yang sama, dia bimbang bahawa apabila dia menjalani pembedahan dan rawatan—dan tidak boleh kembali ke gereja untuk seketika—kami akan merindui salaman mesranya.
Mungkin bukan semua orang begitu terbuka dalam hal bersalaman dengan satu sama lain seperti Steve, namun teladannya yang mengambil berat terhadap orang lain adalah suatu peringatan yang baik untuk kita. Perhatikan bahawa Petrus mengatakan “raikan satu sama lain tanpa bersungut,” atau dalam satu cara yang berpusatkan kasih (1 Petrus 4:9, lihat Filipi 2:14). Sungguhpun layanan yang mesra pada abad pertama merangkumi menyediakan tempat penginapan bagi orang lain—layanan juga selalu bermula dengan salaman yang mesra.
Ketika kita berinteraksi dengan orang lain dalam kasih, sama ada dengan pelukan atau hanya senyuman mesra, kita berbuat demikian supaya “dalam semua hal Allah akan dimuliakan melalui Yesus Kristus” (1 Petrus 4:11).