Saya adalah pengkhutbah undangan di sebuah gereja tempatan, dan topik khutbah saya adalah bagaimana kita menyerahkan kedukaan kita di hadapan Tuhan secara jujur, dan menerima penyembuhan yang mahu diberikan-Nya. Sebelum menutup dalam doa, pastor berdiri di ruang tengah-tengah, sambil memandang ke arah jemaah dan berkata, “Sebagai pendeta anda, saya diberikan hak istimewa kerana dapat bertemu dengan anda di pertengahan minggu, dan mendengar cerita kedukaan anda. Kemudian dalam kebaktian pada hujung minggu, saya berasa sakit hati kerana melihat anda menyembunyikan luka anda.”
Hati saya sakit apabila melihat orang menyembunyikan luka-luka daripada Tuhan yang ingin menyembuhkannya. Penulis Ibrani menggambarkan firman Tuhan adalah hidup dan aktif. Ramai yang memahami “firman” ini sebagai Alkitab, tetapi ia lebih daripada itu. Yesus adalah firman Tuhan yang hidup. Dia menyelami fikiran serta sikap kita—dan masih mengasihi kita.
Yesus mati untuk memberi kita kemasukan ke hadirat Tuhan, pada setiap waktu. Kita juga tahu bahawa sementara ini bukan tindakan yang bijak untuk berkongsi segala sesuatu dengan semua orang, kita tahu bahawa Tuhan mahu gereja-Nya menjadi tempat yang kita hidup tanpa kekesalan sebagai pengikut Kristus yang hancur hati tetapi diampuni. Gereja menjadi tempat yang kita “tanggung-menanggunglah beban satu sama lain” (Galatia 6:2).
Apakah yang anda sembunyikan daripada orang lain pada hari ini? Dan bagaimanakah anda cuba menyembunyikan diri daripada Tuhan? Tuhan melihat kita melalui Yesus, dan Dia masih mengasihi kita. Adakah kita rela menerima kasih itu?