Lawatan ke Taman Negara Clifton Heritage (Clifton Heritage National Park) di Nassau, Bahamas, seumpamanya membawa saya menyaksikan semula era yang tragis dalam sejarah. Oleh sebab tanah itu berhadapan dengan laut, terdapat tangga-tangga batu yang menghala ke tebing curam. Hamba dibawa ke Bahamas dengan kapal pada abad ke-18 akan menaiki tangga-tangga batu ini. Mereka terpaksa meninggalkan keluarga mereka dan datang ke sini lalu diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan. Di bahagian atasnya, terdapat tanda peringatan untuk para hamba. Pokok-pokok sedar telah diukir menjadi bentuk wanita yang memandang ke luar menghala lautan, ke arah tanah air dan ahli keluarga mereka yang telah hilang. Setiap patung telah dicalarkan dengan tanda cambuk daripada kapten mereka.
Patung-patung wanita yang berkabung disebabkan oleh kehilangan orang yang dikasihi mengingatkan saya tentang betapa pentingnya untuk mengenal ketidakadilan dan sistem yang sudah rosak di dunia, serta menyebabkan saya meratap. Meratap tidak bermakna bahawa kita tidak mempunyai harapan; sesungguhnya, ia adalah satu cara untuk bersikap jujur dengan Tuhan. Ia sepatutnya menjadi sikap yang biasa untuk orang Kristian; kira-kira 40 peratus daripada Mazmur adalah mazmur ratapan, dan dalam kitab Ratapan umat Tuhan berseru kepada-Nya setelah kota mereka telah dimusnahkan oleh penceroboh (3:55).
Meratap ialah respons sah terhadap realiti penderitaan, dan ia melibatkan Tuhan dalam konteks kesakitan dan kesusahan. Akhirnya, meratap adalah penuh dengan harapan: apabila kita meratap sesuatu yang tidak betul, kita memanggil diri kita dan orang lain untuk giat dalam berubah.
Dan itulah sebabnya mengapa taman patung di Nassau telah dinamakan “Kejadian”—tempat untuk meratap yang dikenali sebagai tempat permulaan baharu.