Pada tahun 2011, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) meraikan ulang tahun penyelidikan ruang angkasa yang ke-30. Dalam tiga dekad itu, kapal angkasa lepas telah membawa lebih daripada 355 orang ke ruang angkasa dan membantu membina Stesen Angkasa Antarabangsa. Setelah menghentikan lima buah kapal angkasa lepas, NASA kini telah beralih fokusnya kepada penerokaan angkasa lepas yang lebih luas.
Manusia telah melaburkan sejumlah besar masa dan wang, malah beberapa orang angkasawan telah mengorbankan nyawa mereka untuk mengkaji keajaiban alam semesta. Namun bukti tentang keagungan Tuhan yang terbentang luas adalah jauh melebihi apa yang dapat kita fikirkan.
Apabila kita merenungkan sifat Sang Pengarca dan Sang Penguasa alam semesta yang mengetahui setiap nama bintang di langit (Yesaya 40:26), kita dapat memahami sebab pemazmur Daud memuji kebesaran-Nya (Mazmur 8:1). Cap jari Tuhan berada pada “bulan dan bintang”, yang ditentukan-Nya (ayat 3). Pencipta syurga dan bumi memerintah di atas segalanya, namun Dia tetap berada dekat dengan semua anak yang dikasihi-Nya, menjaga setiap mereka secara intim (ayat 4). Dalam kasih, Tuhan memberikan kita kuasa, tanggungjawab, dan keistimewaan untuk menjaga serta menjelajahi dunia yang diamanahkan-Nya kepada kita (ayat 5-8).
Semasa kita mengkaji langit yang berkilauan bintang pada waktu malam, Sang Pencipta mengundang kita tekun menemukan Dia dengan sepenuh hati. Dia mendengarkan setiap doa dan lagu pujian yang keluar daripada bibir kita.