Mencari Jalan Pulang
Kadang-kadang perjalanan hidup ini boleh menjadi sangat sukar sehingga kita dengan mudahnya berasa tertekan, seolah-olahnya kegelapan itu tidak ada pengakhiran. Ketika mengalami hal sedemikian dalam kehidupan keluarga kami, muncul suatu pelajaran baru bagi isteri saya sewaktu dia mengadakan saat teduh pada suatu pagi. “Saya fikir bahawa Tuhan menginginkan kita supaya tidak lupa apa yang kita pelajari dalam kegelapan ini.”
Kekuatan untuk Perjalanan Anda
Hinds Feet On High Places ialah satu alegori klasik tentang kehidupan Kristian yang berdasarkan Habakuk 3:19. Cerita itu mengisahkan watak Much-Afraid (Si Penakut) ketika dia melakukan perjalanan dengan Shepherd (Gembala). Dalam cerita tersebut, Much-Afraid berasa takut dan meminta Shepherd mendukungnya.
Hati Pegawai Miglio
Sekembalinya ke balai polis, Pegawai Miglio bersandar pada dinding dalam keadaan letih. Panggilan kecemasan ke sebuah keluarga yang berlakunya keganasan telah menghabiskan separuh masa syifnya. Kejadian itu mengakibatkan seorang teman lelaki dihantar ke pusat tahanan, seorang anak perempuan muda dikejarkan ke bilik kecemasan dan seorang ibu yang terkejut tertanya-tanya bagaimana peristiwa sedemikian berlaku. Kes seperti ini pasti akan melelahkan pegawai muda itu untuk masa yang agak lama.