E-mel kawan saya tiba lewat selepas satu hari yang sibuk. Sebenarnya, saya tidak membukanya. Saya terlalu sibuk untuk membantu seorang ahli keluarga yang menghidapi penyakit yang serius. Oleh itu, saya tiada masa untuk membaca e-mel tersebut.

Keesokan harinya, apabila saya mengklik mesej rakan saya, saya melihat soalan ini: “Bolehkah saya membantu anda dalam sebarang cara?” Oleh sebab saya berasa malu, mula-mula saya menjawab “Tidak.” Kemudian saya mengambil nafas panjang untuk berhenti sejenak. Saya mendapati kemudian bahawa soalan kawan ini biasa didengarkan—seolah-olah ini soalan daripada Tuhan.

Ini kerana Yesus telah membuat pertanyaan ini. Setelah mendengar seorang pengemis yang buta memanggil Dia di Yerikho, Yesus berhenti untuk bertanya soalan yang sama kepada lelaki ini yang bernama Bartimeus. Boleh saya tolong? Atau seperti yang dikatakan Yesus: “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” (Markus 10:51).

Soalan itu menakjubkan. Ini menunjukkan Penyembuh itu, Yesus, sangat ingin membantu kita. Tetapi yang pertama sekali, kita dijemput untuk mengaku bahawa kita memerlukan Dia—langkah yang rendah diri. Pengemis Bartimeus memang memerlukan bantuan, kerana dia miskin, bersendirian, dan mungkin lapar dan pilu. Oleh sebab dia menginginkan satu hidup baru, dia hanya memberitahu Yesus keperluannya yang paling asas. Dia berkata, “Rabbi, aku ingin melihat.”

Bagi seorang lelaki buta, ini adalah satu rayuan yang jujur. Yesus menyembuhkannya dengan serta-merta. Rakan saya juga mengharapkan kejujuran seperti itu daripada saya. Jadi saya berjanji kepadanya bahawa saya akan berdoa untuk memahami keperluan asas saya. Yang lebih penting, saya akan memberitahunya dengan rendah hati. Adakah anda tahu keperluan asas anda pada hari ini? Apabila seorang rakan bertanya, beritahukan kepadanya. Kemudian bawa rayuan anda kepada Tuhan, beritahulah Dia.