Teresa Prekerowa hanya seorang remaja ketika Nazi menyerang negara asalnya, Poland, pada awal Perang Dunia II. Ini adalah permulaan Holokus (pembunuhan beramai-ramai) apabila jiran-jirannya yang berbangsa Yahudi mula hilang kerana ditangkap oleh Nazi. Oleh itu, Teresa dan orang senegara Poland yang lain mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan jiran-jiran itu dari kawasan tahanan perang Warsaw dan komplot pembunuhan Nazi itu. Kemudian Teresa menjadi salah seorang ahli sejarah terpenting dalam perang dan Holokus itu, tetapi keberaniannya yang menentang gelombang kejahatan telah menyenaraikan dia sebagai salah seorang Orang Benar antara Bangsa-Bangsa, di Tugu Peringatan Holokus Yad Vashem, Yerusalem.
Keberanian diperlukan untuk menentang kejahatan. Paulus memberitahu gereja di Efesus: “Sebabnya kita berlawan bukan dengan darah dan daging, tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis” (Efesus 6:12). Dengan jelas, tiada sesiapa antara kita dapat menghadapi tentangan yang tidak dapat dilihat ini dengan kekuatan sendiri, jadi Tuhan telah memberikan kita sumber rohani yang diperlukan (“selengkap senjata Tuhan”) supaya kita “dapat bertahan terhadap tipu daya iblis” (ayat 11).
Apakah pendirian yang berani dalam kehidupan anda? Ini mungkin merujuk kepada usaha untuk menentang ketidakadilan atau bercampur tangan bagi pihak seseorang lemah atau mangsa yang anda kenali. Apa pun bentuk konflik yang mungkin kita hadapi, kita boleh memiliki keberanian—Tuhan kita telah membekalkan apa yang kita perlukan untuk berdiri teguh bagi Dia dan berlawan dengan kejahatan.