Ribut taufan Harvey mencetuskan banjir yang membawa kemusnahan telah melanda Texas Timur pada tahun 2017. Serangan hujan ribut memerangkap beribu-ribu orang di rumah mereka, sehingga mereka tidak dapat melarikan diri. Sementara itu, ramai penduduk yang digelar sebagai “Angkatan Laut Texas”, yang datang dari bahagian negeri dan negara yang lain telah membawa bot sendiri untuk membantu memindahkan orang yang terkandas.

Tindakan para lelaki serta wanita yang berani dan murah hati ini mengingatkan saya tentang galakan dalam Amsal 3:27, yang mengajar kita membantu orang lain apabila kita mampu melakukannya. Mereka mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak mereka yang ada kekurangan dengan membawa bot-bot mereka. Oleh itu mereka melakukannya. Tindakan mereka menunjukkan kerelaan mereka untuk menggunakan apa sahaja sumber yang ada untuk memanfaatkan orang lain.

Kita mungkin selalu berasa tidak layak untuk mengendalikan tugas yang sedang dilakukan; sering kita menjadi lumpuh dengan perasaan bahawa kita tidak ada kemahiran, pengalaman, sumber, atau masa untuk membantu orang lain. Dalam keadaan sedemikian, kita cenderung memandang rendah terhadap diri kita, menganggap apa yang kita buat tidak dapat membantu orang lain. Tentera Laut Texas tidak dapat menghentikan tahap air banjir daripada terus meningkat, atau tidak boleh menggubal undang-undang kerajaan untuk memberi bantuan dalam bencana alam. Tetapi mereka menggunakan segala kemampuan mereka—bot-bot mereka—untuk membantu sahabat mereka yang amat mendesak. Semoga kita semua membawa “bot-bot” kita—dalam apa pun bentuk bantuan—untuk membawa orang pergi ke tempat yang lebih tinggi dengan selamat.