Jauh Lebih Daripada Perkataan
Pada suatu majlis mempersembahkan Alkitab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Afrika tempatan, ketua kawasan itu telah dihadiahkan dengan satu salinan. Sebagai tanda penghargaan, dia mengangkat Alkitab ke arah langit dan berseru, “Sekarang kita tahu Tuhan memahami bahasa kita! Kita boleh membaca Alkitab dalam bahasa ibunda kita sendiri.”
Bapa Kita yang Menyanyi
Sebelum isteri saya dan saya mempunyai anak, tiada sesiapa pernah memberitahu saya bahawa betapa pentingnya nyanyian. Anak-anak saya sekarang berumur enam, lapan, dan sepuluh tahun. Tetapi ketiga-tiganya mempunyai masalah untuk tidur awal. Setiap malam, isteri saya dan saya akan bergilir untuk memujuk anak-anak kami, berdoa supaya mereka akan tidur dengan cepat. Saya menghabiskan masa beratus-ratus jam untuk mengayunkan mereka, mendodoikan mereka dengan harapan untuk mempercepat prosesnya. Tetapi ketika saya bernyanyi kepada anak-anak kami malam demi malam, sesuatu yang menakjubkan dan saya tidak pernah bayangkan berlaku: Segala ini mendalamkan kasih dan kegembiraan saya bagi mereka.
Sambutan Mesra Untuk Semua
Semasa satu percutian baru-baru ini, isteri saya dan saya telah melawat sebuah kompleks olahraga yang terkenal. Pintu-pintu gerbang itu terbuka lebar, dan kelihatannya lawatan kami amat dialu-alukan. Kami menikmati lawatan ini sambil mengagumi padang sukan yang cantik. Ketika kami hendak pergi, seseorang menghalang kami dan dengan dingin dan memberitahu bahawa kami tidak sepatutnya berada di situ. Tiba-tiba, kami diingatkan bahawa kami ialah orang luar—dan perasaan ini adalah tidak selesa.
Berkelip-Kelip
“Twinkle, Twinkle, Little Star” ialah dodoi dalam bahasa Inggeris. Liriknya, yang asalnya dipetik daripada satu puisi oleh Jane Taylor, menangkap keajaiban alam semesta Tuhan yang bintang-bintang bergantung “di atas langit yang begitu tinggi.” Dalam stanza belakang yang jarang diterbitkan, bintang itu bertindak sebagai panduan: “Kelipan yang kecil menerangi perjalanan pengembara dalam kegelapan.”