Sebelum isteri saya dan saya mempunyai anak, tiada sesiapa pernah memberitahu saya bahawa betapa pentingnya nyanyian. Anak-anak saya sekarang berumur enam, lapan, dan sepuluh tahun. Tetapi ketiga-tiganya mempunyai masalah untuk tidur awal. Setiap malam, isteri saya dan saya akan bergilir untuk memujuk anak-anak kami, berdoa supaya mereka akan tidur dengan cepat. Saya menghabiskan masa beratus-ratus jam untuk mengayunkan mereka, mendodoikan mereka dengan harapan untuk mempercepat prosesnya. Tetapi ketika saya bernyanyi kepada anak-anak kami malam demi malam, sesuatu yang menakjubkan dan saya tidak pernah bayangkan berlaku: Segala ini mendalamkan kasih dan kegembiraan saya bagi mereka.

Adakah anda tahu bahawa Alkitab juga menggambarkan Bapa syurgawi kita menyanyi untuk anak-anak-Nya? Seperti saya cuba untuk menenangkan anak saya dengan lagu, Zefanya juga menyimpulkan dengan satu potret tentang Bapa syurgawi kita menyanyi untuk umat-Nya: “Dengan penuh sukacita Dia akan bergirang kerana engkau, dan tenang berdiam kerana kasih-Nya. Dengan sorak-sorai Dia akan bergembira kerana engkau” (3:17).

Kebanyakan nubuat dalam kitab Zefanya memberi amaran tentang penghakiman pada masa akan datang bagi mereka yang menolak Tuhan. Namun ini bukan penghujungnya. Zefanya tidak menyimpulkan kitabnya dengan penghakiman, melainkan gambaran Tuhan yang bukan sahaja menyelamatkan umat-Nya daripada semua penderitaan mereka (ayat 19-20), malahan juga mengasihi mereka dengan lembut dan bersukacita kerana mereka dengan lagu (ayat 17).

Tuhan kita bukan sahaja “kesateria pembawa kemenangan” dan pembawa pembaharuan (ayat 17), malahan seorang Bapa penyayang yang menyanyikan lagu cinta kepada kita dengan lembut.