Sebelum menjelang bulan Disember, kegembiraan Krismas mula meliputi bandar kami di bahagian utara. Sebuah pejabat perubatan menggantungkan rangkaian lampu-lampu pada pokok-pokok dan pohon-pohon rendahnya, setiap lampu dengan warna yang berbeza telah menyalakan landskap itu pada waktu malam yang sungguh mengagumkan. Sebuah bangunan perniagaan yang lain dihiasi sehingga kelihatan seperti satu bungkusan hadiah Krismas yang sangat besar dan mewah. Ini adalah sukar untuk menoleh ke mana-mana sahaja tanpa melihat bukti suasana Krismas—inilah musim membeli-belah bagi kebanyakan orang.
Sesetengah orang menyukai pameran mewah sebegini. Orang lain pula mempunyai satu pandangan yang lebih sinis. Tetapi soalan yang penting bukanlah bagaimana orang lain menyambut Krismas. Sebaliknya, kita masing-masing perlu mempertimbangkan maksud sambutan itu bagi kita.
Apabila Yesus berumur lebih daripada 30 tahun, Dia bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, “Menurut kata orang, siapakah Anak Manusia ini?” (Matius 16:13). Mereka memberi jawapan yang telah diberikan oleh orang lain: “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada yang berkata Elia; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain.” Kemudian Yesus mengajukan soalan ini kepada setiap orang: “Menurut kamu, siapakah Aku ini?” (ayat 15). Petrus menjawab, “Engkau ialah Kristus, Anak Allah Yang Hidup” (ayat 16).
Ramai orang akan merayakan Krismas tanpa berfikir tentang siapa sebenarnya Bayi itu. Apabila kita berinteraksi dengan mereka, kita boleh membantu mereka memikirkan soalan-soalan yang penting ini: Adakah Krismas hanya satu cerita yang mengharukan tentang seorang bayi yang dilahirkan di kandang? Ataupun adakah Pencipta kita benar-benar melawat ciptaan-Nya dan menjadi manusia serta tinggal di kalangan kita?