Anak-anak saya menikmati masa yang seronok di gelanggang ais, kerana mereka boleh meluncur ais di kawasan belakang rumah kami semasa musim salji yang sejuk di Idaho. Semasa mereka kecil, pembelajaran untuk meluncur adalah mencabar: usaha untuk memujuk mereka menjejakkan kaki di permukaan lantai yang keras dan sejuk dengan berani adalah sukar kerana mereka tahu betapa sakitnya jika terjatuh. Setiap kali jika kaki mereka hilang keseimbangan, suami saya atau saya akan menghulurkan tangan untuk menarik, membangunkan mereka sekali lagi, menegakkan dan menegapkan badan mereka.

Dengan ada seseorang untuk membantu kita apabila kita jatuh adalah suatu kurnia kerana tangan yang membantu yang digambarkan dalam Pengkhutbah. Bekerja dengan orang lain menjadikan kerja-kerja kita lebih manis dan lebih berkesan (Pengkhutbah 4:9), dan seorang rakan membawa sukacita kepada kehidupan kita. Apabila kita menghadapi cabaran, ini amat membantu jika seseorang berada di sisi kita dan menghulurkan sokongan secara praktikal dan emosi. Hubungan sebegini boleh memberi kita kekuatan, tujuan hidup, dan penghiburan.

Apabila kita mendapati diri kita terjatuh di atas ais yang sejuk akibat kesusahan hidup, adakah tangan yang membantu di sekeliling kita? Jika ada, ia mungkin adalah daripada Tuhan. Atau apabila seseorang memerlukan seorang rakan, bolehkah kita menjadi jawapan Tuhan untuk mengangkat mereka? Dengan menjadi seorang teman, kita sering menemukan seorang teman. Jika tiada sesiapa yang berdekatan boleh mengangkat kita untuk berdiri lagi, kita boleh terhibur dengan mengetahui bahawa Tuhan sentiasa bersedia untuk menolong kita (Mazmur 46:1). Apabila kita menghulurkan tangan kepada-Nya , Dia bersedia untuk memantapkan kita dengan pegangan-Nya yang kuat.