Baru-baru ini Patsy, seorang kawan kami yang menjual rumah sebagai mata pencarian meninggal dunia akibat kanser. Semasa isteri saya, Sue dan saya mengenangi dia, Sue teringat bahawa beberapa tahun yang lalu Patsy telah memimpin seorang lelaki untuk beriman dalam Yesus dan orang itu telah menjadi kawan baik kita.

Sungguh menggalakkan untuk mengingat bahawa Patsy bukan sahaja membantu keluarga-keluarga mencari rumah untuk tinggal di sini dalam komuniti kita, malahan dia juga membantu orang lain memastikan mereka mempunyai satu rumah abadi.

Ketika Yesus bersiap untuk mengorbankan diri pada kayu salib untuk kita, Dia menunjukkan kesungguhan tentang kediaman abadi kita. Dia memberitahu murid-murid-Nya, “Aku akan pergi menyediakan tempat untukmu” dan mengingatkan mereka bahawa ada banyak tempat tinggal di dalam rumah Bapa-Nya untuk semua orang yang mempercayai-Nya (Yohanes 14:2).

Kita ingin mempunyai rumah yang baik dalam hidup ini—sebuah tempat khas bagi keluarga kita makan, tidur, dan menikmati iringan sesama sendiri. Tetapi bayangkan betapa menakjubkan apabila kita melangkah ke dalam kehidupan yang akan datang dan mendapati bahawa Tuhan telah menyediakan kediaman abadi kita. Puji Tuhan kerana Dia memberi kita “hidup yang berlimpah-limpah” (Yohanes 10:10), termasuk hadirat-Nya dengan kita sekarang dan hadirat kita bersama-Nya kemudian di tempat yang disediakankan-Nya untuk kita (14:3).

Dengan memikirkan apa yang telah disediakan oleh Tuhan untuk mereka yang percaya kepada Yesus boleh mencabar kita melakukan apa yang telah dilakukan oleh Patsy dan memperkenalkan orang lain kepada Yesus.