Tidak sukar bagi kita untuk memerhatikan bahawa tatu adalah sangat popular pada hari ini. Sesetengah tatu adalah begitu kecil sehingga orang lain hampir tidak melihatnya. Orang lain—daripada olahragawan, pelakon kepada orang biasa, mereka telah memilih untuk menutup kebanyakan badan mereka dengan pelbagai warna tatu, kata-kata dan reka bentuk. Arah aliran itu kelihatan seolah-olah akan berkekalan, ia menjana hasil $3 bilion pada tahun 2014, tetapi memerlukan $66 juta sebagai tambahan untuk menanggalkan tatu.

Tidak kira apa yang anda mungkin rasa tentang tatu, Yesaya 44 berkata secara metafora mengenai orang yang menulis sesuatu di atas tangan mereka: “Milik TUHAN” (ayat 5). “Tatu diri” ini adalah kemuncak dalam keseluruhan perenggan yang mengatakan tentang kasih sayang Tuhan untuk mereka yang telah telah dipilih-Nya (ayat 1). Mereka boleh bergantung pada pertolongan-Nya (ayat 2); dan tanah dan keturunan mereka akan diberkati (ayat 3). Dua perkataan yang sederhana dan berkuasa, “Milik TUHAN,” mengesahkan bahawa umat Tuhan tahu mereka adalah milik-Nya dan Dia akan menjaga mereka.

Mereka yang datang kepada Tuhan melalui iman dalam Yesus Kristus boleh berkata dengan yakin tentang diri mereka, “Milik Tuhan!” Kita ialah umat-Nya, domba-Nya, anak-Nya, warisan-Nya, kediaman-Nya. Ini adalah perkara-perkara yang kita berpaut pada musim kehidupan yang berlainan. Sungguhpun kita tidak mempunyai tanda luaran atau tatu, kita boleh yakin bahawa kita mempunyai saksi Roh Tuhan dalam hati kita bahawa kita ialah milik-Nya (baca Roma 8:16-17).